Kontroversi Najib Razak

Najib Razak

Najib Razak ialah Perdana Menteri Malaysia ke-6. Beliau adalah seorang pemimpin politik yang kontroversial, terkenal dengan skandal 1MDB,[1] yang membawa kepada kekalahan memalukan Barisan Nasionalnya dalam pilihan raya umum Malaysia 2018.[2] Selain skandal 1MDB, Najib turut dikecam kerana gaya hidup mewah dan pemilikan aset yang ketara, yang dianggap tidak konsisten dengan pendapatan rasmi seorang Perdana Menteri. Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.[3] Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atas Najib berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.[4] Beliau tiba di Penjara Kajang pada 6.47 petang bagi menjalani hukuman.[5]

Laporan portal kewangan antarabangsa, FinanceAsia juga menyenarai beliau sebagai Menteri Kewangan paling teruk di rantau Asia Pasifik.[6][7][8]

  1. ^ France-Presse, Agence (2015-07-06). "Malaysian taskforce investigates allegations $700m paid to PM Najib". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077.
  2. ^ "Mahathir Wins in Historic Malaysia Power Shift". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-09.
  3. ^ "Najib dihukum penjara 12 tahun, denda RM210 juta". Berita Harian. 2020-07-28.
  4. ^ "Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta". www.astroawani.com. 2022-08-23.
  5. ^ BERNAMA (2022-08-23). "Najib tiba di Penjara Kajang". Harian Metro.
  6. ^ Editors, FinanceAsia (2016-02-02). "Najib Razak: Asia's worst finance minister 2016". FinanceAsia.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  7. ^ "Malaysian PM Najib Razak named Asia Pacific's worst finance minister". AsiaOne (dalam bahasa Inggeris). 2016-02-02.
  8. ^ Middleton, Rachel (2016-02-03). "Malaysia's Prime Minister Najib Razak named Asia's worst finance minister 2016". International Business Times UK (dalam bahasa Inggeris).

Developed by StudentB